Friday, August 7, 2015

13 Perubahan dan Gangguan Ketika Hamil Yang Suami Juga Patut Tahu


Sepanjang tempoh kehamilan, tubuh wanita hamil akan mengalami perubahan demi perubahan. Keadaan ini juga boleh mempengaruhi emosi dan psikologi bakal ibu.  Macam tu juga dengan kiera yang kini telah masuk 32 minggu. Setiap wanita akan mengalami perubahan dan gangguan yang berbeza-beza. Kiera sendiri tidak pernah mengalami sebarang alahan, Alhamdulillah rezeki mengandung kali ni.

Jadi jom kita ketahui apakah gangguan yang sering terjadi pada seorang wanita ketika hamil.

# 1 Haid Tidak Datang
Tidak semua keadaan apabila tidak datang haid bermakna anda hamil, ini juga boleh terjadi disebabkan oleh gangguan hormone, gangguan pada indung telur atau wanita yang sudah monopaus. Macam kiera sendiri, dari zaman anak dara sehinggalah sudah berkahwin amalan mencatit hari pertama haid di calendar tidak pernah lupa. Jadi ini memudahkan doktor untuk mengira tarikh hamil dan bersalin. Makanya jangan lupa catit tarikh hari pertama dan akhir haid ye semua.

# 2 Mual dan Muntah
Biasanya kiera selalu dengar situasi mual dan muntah pada awal peringkat kehamilan pada wanita hamil. Di kalangan rakan-rakan sendiri sering terjadi gangguan ini sehingga mereka tidak lalu untuk makan. Ini disebabkan perubahan yang mendadak pada tubuh wanita. Kenaikan hormon dalam darah menyebabkan loya dan keadaan ini menjadi berkurangan selepas tiga bulan pertama.
Ada dikalangan wanita yang akan muntah berterusan sehinggalah ke peringkat kelahiran. Keadaan seperti ini adalah sangat serius sehingga mengakibatkan mereka dimasukkan ke hospital kerana kekurangan air dalam badan serta lemah. Gangguan seperti ini dikenali sebagai hyperemesis gravidarum.

# 3 Mengidam
Part ni paling seronok, biasanya hanya wanita yang mengandung sahaja memahami situasi seperti ini. Mengidam ketika hamil bukan dibuat-buat tetapi ia satu keinginan yang pakar perubatan sendiri tidak dapat mengenal pasti punca mengidam di kalangan wanita mengandung. Apa yang pasti memang ada sebahagian wanita bersikap begitu sewaktu mengandung. So para suami, tolonglah fahami kehendak isteri ketika hamil ye.

# 4 Payudara Menegang dan Membesar
Hal ini terjadi kerana dipengaruhi oleh dua jenis hormon iaitu estrogen dan progestron selama kehamilan, kelenjar dan saluran susu terangsang menjadi aktif. Saiz payudara juga akan berubah untuk persediaan menyusukan bayi. Aerola juga akan berubah warna menjadi kehitaman dan kelihatan besar.

# 5 Selera Makan Menurun
Ada sesetengah wanita akan hilang selera makan pada awal kehamilan. Selepas itu akan kembali normal, malah ada yang lebih berselera makan. Kiera sendiri mengalami keadaan seperti ini. Pada peringkat awal kiera tidak akan lalu makan, tapi bila dah masuk trimester ketiga selera makan membuak-buak, tapi perlu diingat tidak boleh makan sesuka hati boleh jadi anda akan mendapat kencing manis pula nanti.

# 6 Pedih Ulu Hati
Ia berpunca daripada pertukaran hormon dalam badan, seterusnya mengakibatkan kelonggaran sphincter. Tekak akan terasa pedih apabila makan makanan pedas dan berasid secara berlebihan.

# 7 Kerap Buang Air Kecil
Kerap terjadi pada tiga bulan pertama dan minggu keempat terakhir. Pada tiga bulan pertama, rahim masih di kawasan pelvis dan menyebabkan pundi kencing tertekan. Selepas tiga bulan tersebut, rahim akan keluar dari pelvis. Bagi empat minggu terakhir kelahiran kepala bayi akan masuk ke dalam saluran peranakan dan ia akan menekan pundi kencing. Sebab itu anda akan terasa seperti nak ke tandas selalu.

# 8 Bengkak Kaki
Keadaan seperti ini sering juga berlaku apabila wanita hamil banyak berdiri atau berjalan. Kaki akan membengkak terutama di buku lali, biasanya doktor akan menasihatkan untuk banyak berehat.

# 9 Sembelit
Ibu mengandung biasanya mengalami sembelit kerana dipengaruhi hormon sehingga menyebabkan perenggangan otot usus menurun dan mengakibatkan pengaliran kurang lancar. Faktor kekurangan kalsium juga mempengaruhi keadaan seperti ini, jadi minumlah susu 2 gelas sehari.

# 10 Kulit Menghitam
Lazimnya ia berlaku di beberapa bahagian kulit, ada yang di belakang leher, ketiak, malah di sekitar aerola dan garis bujur di perut. Keadaan ini adalah normal dan akan mengambil masa untuk hilang.

# 11 Gusi Membengkak
Tidak semua wanita hamil mengalami gusi bengkak. Tetapi jika anda perasan ketika menggosok gigi, gusi anda akan berdarah, ini menunjukkan bahawa anda kekurangan zat dan vitamin dalam tubuh.

# 12 Sakit Pada Ari-Ari
Apabila rahim semakin membesar, dindinya terpaksa memeri dan kadangkala timbul rasa kesakitan di sekeliling ari-ari hingga kemaluan. Walaubagaimanapun anda tidak perlu bimbang kerana ia adalah normal. Keadaan ini dipanggil round ligamen.

#13 Daya Seksual Semakin Menurun
Adakalanya wanita apabila hamil tidak berminat untuk bersama suami mungkin disebabkan faktor-faktor keletihan dan lesu sepanjang tempoh kehamilan. Namun ada pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini contohnya mengurut dengan menggunakan minyak essential.


Apabila di akhir kehamilan perut akan semakin membesar dan ini akan menyukarkan pasangan untuk bersama. Bagi wanita yang kerap mengalami keguguran atau kelahiran pra-matang, doktor tidak begitu menggalakkan hubungan seks kerana air mani mempunyai prostaglandin yang boleh melembut dan membuka pintu rahim. Seterusnya akan merangsang kontraksi dan wanita tersebut boleh bersalin awal. Keadaan ini hanya terjadi pada wanita yang berisiko sahaja. Bagi wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah, anda boleh melakukan hubungan bersama pasangan dengan kerap menukar posisi.

Pengedar Vitamin Anda,
+ Kiera Idres
+ 019.307.7392
+ pengedarvitaminklang.blogspot.com

Wednesday, August 5, 2015

Vitalea Shaklee Multivitamin Unggul Pertama Di Dunia




Vitalea Shaklee merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Pada mulanya ia dikenali sebagai Vitalize-Mineral dan kemudian namanya di ubah kepada Vita-min dan perkataan  vitamin yang kita sebut-sebut sehingga hari ini, asalnya dari Shaklee [Ohhh baru saya tau]. 90 tahun dahulu Vitalea Shaklee adalah dalam bentuk cecair, akibat dari peningkatan teknologi ia telah diubah kepada bentuk tablet. Hebatkan?

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Tablet Vitalea disaluti dengan serbuk spirulina. Kalau korang nak tau lagi ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia. Ini memudahkan proses penyerapan di dalam usus kecil.

Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Ini bermakna kalau anda mengambil Vitalea setiap hari, risiko untuk menghidap penyakit amatlah rendah.

Kebaikan Vitalea
ü  Penambahan tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
ü  Sebagai pelengkap nutrisi, segala kekurangan nutrisi dalam pemakanan yang tidak seimbang.
ü  Keupayaan sistem produktif terutama kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
ü  Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.
ü  Elemen penting pada sel tubuh dengan menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

ü  Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Pengedar Vitamin Anda,
+ Kiera Idres
+ 019.307.7392
+ pengedarvitaminklang.blogspot.com